Tuesday, February 18, 2014

24 tahun 2 bulan 4 hari.


24 tahun 2 bulan 4 hari, aku tak rasa aku jalani kehidupan aku dengan penuh keterujaan. Mendatar. Orang datang dan pergi. Aku lepak tengok orang cau sana sini. Wey, seriously? Ini alam dewasa? 

24 tahun 2 bulan 4 hari, apa tujuan aku bangun tidur? Sebab nak pergi kerja yang langsung aku takde hati kat sana? Apa perlu aku makan setiap kali lapar? Perlu tidur setiap kali mengantuk? Stereotaip.

24 tahun 2 bulan 4 hari, apakah ada yang sudi bertanya apa aku mahu? Selain daripada menjatuhkan hukuman yang berdetam detum. Tetapkan syarat syarat itu ini, pernah terfikir "apa gembirakah dia? cukupkah kasih sayang yang dia dapat?" 

24 tahun 2 bulan 4 hari, kasih sayang itu apa? Cinta itu apa? Sahabat itu apa? Kawan itu apa? Kekasih itu apa? Tak, aku tak tahu. Makin lama makin tua makin aku tak faham ape natang semua benda tu. Apa ada yang sayang aku? Yang anggap aku sahabat, kawan, kekasih, ada? 

24 tahun 2 bulan 4 hari, aku tak nak kehidupan aku berterusan macam nie. Aku nak kebebasan bersuara, kebebasan bersosial, kebebasan daripada segala galanya. Boleh pinjamkan aku beberapa hari untuk aku rasa "young and free" sekali lagi? 

24 tahun 2 bulan 4 hari, aku buntu, aku frust. "luar nampak kuat, dalam lembut seolahnya bunga kapas itu juga kasar". Cliche huh? Aku cuma berharap, satu hari nanti jingga aku datang bawak aku keluar dari kelabu yang dah sangat lama kurung aku.


24 tahun 2 bulan 4 hari, hahaha jangan risau aku okay :)


 

No comments:

Post a Comment