Saturday, August 4, 2012

Supaya esok tak dahaga

 
Kelip kelip ku sangka api, kalau api mana putungnya? Hilang ghaib ku sangka mati, kalau mati mana kuburnya? Tunjukkan aku jalan pintas ke rumah Brad Pitt. Yea, ayuh cepatan dehh. 
 
Malam nie aku hd47njkmdhe eh maaf, bukan algebra. Aku tertidur atas keypad. Gelojoh sungguh mata nie minta lelap. Sakit dagu aku bertongkat atas bantal warna hijau bercorak panda muka sedih. Aku tak pasti kenapa designer bantal nie buat corak panda muka sedih. Mungkin bagi mata lagi cepat stim ngantuk bila bertentang mata dengan panda muka sedih. Dengan posisi meniarap aku cuba menghasilkan taip taip penuh ajaib. Katanya ajaib. Mata aku dah pedih pedih tahan mengantuk. Rasa macam sekilo pasir dilambak dalam lubang mata. Boleh tahan sadis jugak kisah mengantuk malam sabtu nie.
 
hbh743cn10hd'*(_Hyh eh tertidur lagi.

Aku bangun sahur pukul 5.00 pagi. Ambil berkat bangun sahur lambat-lambat. Padahal malas bangun awal, nanti rugi masa tidur. Bangun dengan mata separuh terbuka atau langsung tertutup aku berjalan ke dapur. Rambut, taik mata, air liur basi, semua tu tolak tepi. Capai kendi masak air. Rampas kurma atau roti. Tarik kerusi. Duduk dan tunggu air mendidih. Preeett! Air dah masak. Cabut gelas, tuang air panas dan bahan perisa. Tarik kerusi yang tak sampai 10 minit aku tinggalkan dan aku hentak bontot di dada kerusi meja makan kayu. Baca bismillah apa yang patut, perut diisi. Dan tak lupa legakan tekak dengan air mineral. Baca selawat. Ini rahsia supaya esok tak dahaga. Pak sedara cheq yang habaq. 
 
Lepas tu dh7&Y83(u4urhd alamak aku tertido lagi. Pejamkan matamu, kosongkan mindamu. Selamat malam dunia. :)
 
*wowoi! jgn lupa bangun sahur geng!
 
 
 

No comments:

Post a Comment