Tuesday, August 7, 2012

Erti Cinta Gitew.


Kehidupan bercinta ternyata sukar. Berkorban apa saja harta ataupun nyawa. Aku pinjam Tan Sri P Ramlee punya lirik. Tapi aku nak tambah satu perkara, termasuk berkorban perasaan. Korang semua pon mesti pernah ataupun sedang bercinta. Gila kau? budak tadika sekarang nie pon dah tau apa ertinya cinta. Excuse me, bukan apa ertinya cinta. Mari aku betulkan balik ayat aku. Budak tadika pon tahu nak bercinta walau dorang sepatah haram tak tau cinta tu menatang apa? Lembu kah? *angguk* Kambing kah? *geleng* Aiskrim kah? *mata bersinar*.

Aku? Please jangan tanya aku. Nanti aku bagi jawapan bukan muhrim yang merapu. Aku bercinta, pernah bercinta dan sedang bercinta (malu malu sorok muka bawak bantal panda muka sedih). Pada aku, cinta nie perasaan yang sangat suci. Dengan bercinta kita dapat belajar erti kehidupan, kesabaran, pengorbanan, kasih sayang, sakit, perit, menangis, meraung, merajuk, senyum lebar sampai ke telinga, muram muka kalah Lee Chong Wei time kalah badminton. Macam macam. Bukan bercinta semata kerana kita perlu seseorang untuk bermanja. Tapi kita juga perlu untuk memahami pasangan. Apa yang dia suka, tak suka, meluat, menyampah. Kita perlu menerima baik buruk. Menerima dengan hati terbuka. Korbankan sedikit perasaan demi melihat pasangan bahagia. Sedikit. Kalau banyak sangat sampai berdarah otak, tak payah buang masa lah. 

Contoh bila kita nasihat, sekali dua kali tiga kali empat kali. Tak dengar jugak. Oh, terpulang lah nak buat apa. Kita tengok dari jauh. Asalkan jangan sampai melampaui batas. Tapi kalau pasangan korang dah mula nak menipu, hah! beragak sikit lah kot kan? Dia tipu? kita tipu balik. Hahaha. Bukan! jangan pernah menipu orang yang menipu. Bagi dia kesedaran, kalau tak sedar jugak. Byebye selamat tinggal.

Baiklah. Dah cukup panjang aku punya merapu kerapu masak lemak cili api hari nie. Sebenarnya aku nak cerita pasal lain. Bukan nak bagi tip bercinta. Kan dah cakap! kan dah cakap! Merajuk dengan diri sendir. Bye!


1 comment: