Thursday, July 19, 2012

Puasa Sirap


Hahahahahaha hai! Masa aku balik Terengganu minggu lepas. Sempat jugak jumpa teman tapi mesra mesra gitu masa kecik kecik dulu. Alah, zaman hafal abc, congak matematik guna jari. Mat Ju nama diberi. Beliau berjantinakan lelaki. Kalau dulu, main aci kejar keliling kampung dengan tak pakai baju sama-sama. Sekarang jumpa alahai malu le pule nak saling pandang memandang. Menjeling menjeling ku bertentang, mata kita sama menjuling. 

Lagi 2,3 hari lagi nak puasa dah kan? Sekali aku teringat pulak zaman nakal-nakal kitorang. Bermulalah kisah...


Tahun 1996, gua darjah satu. Pergi sekolah pakai skirt, ikat tocang lembu. Bawak beg petak besar gedabak. Masa tu bulan puasa. Gua nie jenis anak yang patuh. Patuh ke patuk? Haha. Mak gua pesan suruh puasa, kalau tak nanti dosa. Masuk neraka pastu tak boleh raya. Part tak boleh raya tu buat gua ternganga mulut masuk lalat 7,8 ekor. 

Kat sekolah masa tu, ramai jugak membe2 gua tak puasa. Siap bawak bekal kerbau goreng 6 rasa. Gua menten puasa. Sipi-sipi nak kene penyepak dengan gua sebab ajak gua makan. Tercabar iman tau? Naik pukul 11 pagi, gua dah hanyut. Mata gua mula pandang pili air dalam toilet macam air sirap kenduri. Member gua kat sebelah nyaris2 kena baham, gua fikir lu ayam goreng beb! Nyaris-nyaris. 

Habis je waktu sekolah, gua dah selebet. Masa tu gua balik sekolah dengan Mat ju. Nakal gila dia nie. Gua tengok muka dia ceria lain macam. Siap ada cili melekat kat gigi. Lu tak puasa ke bro? Gua dah geleng kepala 3,4 kali. Apa nak jadi?

Kitorang jalan kaki balik rumah. Jalan-jalan sambil kutip batu, daun entah apa kejadah sampah lagi yang boleh buat main. Masa tu gua nampak sekumpulan lembu tengah berehat bawah pokok mempelam. Air liur lembu tu meleleh-leleh makan pelam. Kaki gua terus terhenti. Kalau dalam drama Indonesia, kamera akan di zoom dekat jauh dekat jauh selama setengah jam.

"Nah eskem sirap. Sedap. Jue beli kat situ tadi. Nak tak?"

Macam baru terjaga dari mimpi. Bila masa pulak mamat nie gi beli eskem? Gua koma ke tadi? Secara slow motion gua pandang eskem sirap kat tangan Mat Jue. Ada dua! 

"Takboh lah, kekgi mok maroh dok pose. dokleh raya. takboh aa"
(Taknak lah, nanti mak marah tak puasa. Tak boleh raya. Tak nak aa)

"Takok pende? Dok soh kabo makang eskeng nie. Kalau kite dok kabo, dia dok tau lah."
(Takut apa? Takyah bagitau makan eskem nie. Kalau kita tak bagitau, dia tak tau lah)

Bernas! Gua rasa idea lu sangat bernas! Masa tu jarak rumah dengan port gua bersama eskem tak jauh mana. Gua boleh dengar kalau mak gua jerit. Malas fikir panjang, gua terus sambar eskem sirap dari tengan Mat Jue. Baca doa makan, sedut-sedut habis sehingga titisan terakhir. Lega. Gua nampak lembu yang gua usha tadi tersenyum kambing ke arah gua. Mungkin lembu tu tengah kutuk gua ponteng puasa.

Lebih kurang 23 langkah gua sampai rumah. Rumah mat jue jauh sikit. Mak pandang gua atas bawah. Gua perasan mata dia lama usha gua punya bibir. aduh! Kenapa nie john? 

"Puasa tak?"
"Eh, puasa la mak.." 
"Hah, jangan nak menipu. Tu ada sirap lagi kat bibir."

Kantoi.


No comments:

Post a Comment