Wednesday, July 11, 2012

Nenek baling bantal.


Sapp! Cara bertegur sapa di alaf baru. Lokasi koordinat aku sekarang di 5°20′0″U 103°9′0″T , Terengganu. Balik kampung hohoi. Hati girang, perut makin kedepan. Pagi petang siang malam tertonggeng meniarap sambil jalan melompat setempat, mulut aku sibuk. mengunyah. bukan berbual. Tapi takpe, memandangkan esok nak balik Ipoh dah aku boleh pasang angan-angan.. "esok balik Ipoh gua start diet balik". Janji aku dengan diri sendiri. Actually, semalam pun aku dah janji nak diet hari nie. Jadi tadi aku breakfast nasi dagang, dan baru je lepas sat sat aku makan tupak sotong. Gile sedap. Gile besar. Gile lah. Siap ada telur pulak sotong tu. Phewwww. Habis diet

Mata aku tengah stim tahan ngantuk. Aku syak sotong yang aku makan tadi tengah dangdut dalam perut sambil berkenalan dengan sotong bakar semalam. Mungkin, sotong-sotong nie main aci kejar keliling mata. Patutlah aku mengantuk. Patutlah.. 

Balik kali nie, feeling-feeling pelancong omputih. Aku gi jalan-jalan kat Bandar Terengganu, Muzium, Masjid kristal, rumah brad pitt, bermesra dengan arjun rampal. Yelah, diorang nie semua satu kampung je dengan aku. "Hah? ye pit! japgi gua lepak dengan lu. Update blog jap." Sorry sorry, brad pit jerit panggil aku lepak minum kopi lah.

Kampung aku nie best. Dulu time aku gatal-gatal nak ngorat jejiran tetangga, lagi best. Siap boleh ingat camne bunyi motor si jejaka. Pewit! Lepastu, aku menyorok belakang langsir main cak cak intai si jejaka. Tetiba, dusshhh! seketul batal hinggap atas kepala hasil balingan dari nenek. Dia cakap aku gatal. Yeke? 

Dulu duduk rumah papan. Sejuk. Bila musim hujan lah. Kalau musim panas, memang terik rasa nak tercabut kelemumur aku. Sekarang rumah batu, tingkap kaca, pintu kaca. Feel anak kampung tak rasa sangat dah. Ayam, lembu, kambing pun aku tak nampak nie. Mana pergi? Lama betul kambing serta lembu dan juga ayam gi ziarah rumah arjun. Kecik hati aku.

Gua tarik muka serious habis, gua jerit. Gua ngantok! Gua nak tido! Terkejut cicak di syiling sampai terjatuh atas lantai. Ngap! Kene makan dek kucing. Tamat lah riwayat seko cicak hasil jeritan mengantuk aku.

No comments:

Post a Comment