Wednesday, July 4, 2012

Layan Blues.


Pada satu malam yang dingin. Sedingin eskimo habis berketul-ketul urat aku menahan kesejukkan yang amat. Sambil baring di atas tilam angin yang pemiliknya bukan aku, tapi mak yang punya. Aku melayan blues. Bukan blues gang apo nak dikato tuu. Tapi melayan blues, jiwa kacau. Kat sebelah, sepupu aku begitu kusyuk berbalas bbm. Sambil menggaru bontot. Kurang asam. BBM tuu apa? Blackberry messenger. Canggih dunia sekarang. Tapi aku pakai nokia 3g classic je. Hadiah harijadi mak aku 4 tahun lepas. Aku rembat dia punya hadiah. Tsk. Aku ingat nak kumpul duit beli tepon cecanggih jugak. Boleh buat lagak orang zaman kini. Tapi.. aku bukan nak story mori pasal tepon. Sambung balik. Kat mana dah tadi?

Oh, sepupu aku menggaru bontot. Aku terlentang bersama Stitchy. Suasana dah gelap. Masa tu keluar pulak lagu 'Astrid-Tentang Rasa' kat radio. Memang syahdu habis. Aku tengok, cicak, nyamuk, lipas pun ikut layan blues sama macam aku. Otak aku jem. Aku rasa macam nak menangis. Sebenarnya, airmata dah menitik. Tapi, aku boleh cover cakap airmata mengantuk. Perempuan kan, kalau menguap banyak kali.. keluar airmata jugak. Nasib baik. Tapi aku perasan jugak, ada dua tiga ekor nyamuk gelak-gelak kat aku time dia round kat depan telinga. "Hahaha! menangis. dah tua-tua pun menangis!" Memang tak guna punya nyamuk.

Malam tu, aku rasa.. perasaan aku lebih dingin dari suhu di kutub utara. Aku rasa jantung aku macam kene cucuk-cucuk dengan lidi satay kajang yang orang ramai cakap sedap tu. Aku diam, beku terbaring. Stitch pun malas dah layan aku, dia tidur dulu. Tak guna. Sepupu aku dah habis menggaru bontot. Mungkin gatal dah hilang. Lagu Astrid pun dah lama habis. Aku tetap lagi layan blues. "Sampai bila weh?" seekor cicak menjerit dan bertanya kat aku.

Aku ambik tepon Nokia 3g classic aku dari bawah bantal. Aku cabut beteri. Aku keluarkan sim card. Aku letak balik bateri dan aku on balik. No SIM card inserted. Aku ingat, bila aku buat macam tu jiwa aku tak kacau nak layan blues dah. Aku rasa, aku tertipu. Kacau je blues tuh. Ah benci. Aku tengok sepupu aku bergayut sembang dengan buah hati dia. Aduh! bertambah kacau jiwa aku. Cicak, semut dah start bersenggama. Aku jugak yang terdiam tenggelam dengan blues sendiri kat atas tilam angin kepunyaan mak. Entah bila nak habis.

 

No comments:

Post a Comment