Sunday, July 22, 2012

Kena kenyit.


Tik tik tik. Bunyi mouse aku klik. Window media player tengah syok keluarkan suara katy perry. Cun kan awek oversea nie? Otot kaki aku tengah denyut denyut macam lagu dangdut, sebab tu otak aku macam jem nenas sekarang nie. Aku takde idea ! Aku takde ideaaaa!

Wei! macam mana korang punya puasa? Ada tinggal dah? Eh, kemmon.. takkan ponteng dah kot. baru Ramadhan ke-2. Buat malu dekat budak adik sepupu aku je. Memang aku tabik lah kat Epoi (Adik sepupu aku). Dia puasa penuh hari nie! Patutlah time dia datang jumpa aku, aku tengok bibir dia dah naik sama warna dengan kulit. pucat dah! Aha, comel betul. So, aku belanja dia bubur ayam. Dia nie kanak-kanak istimewa. Tengok! dia pon boleh puasa penuh, apa lagi korang yang takde istimewa istimewanya pon yang pandai ngorat awek ngorat pakwek je duk ponteng puasa. Siang-siang tangan gagau roti cicah milo. Pe nak jadi? Gua santau kang.

Tapi kan, hari nie aku rasa boleh tahan jugak lah terasa kepenatan berpuasa. Aku rasa ayat aku dah tunggang terbalik. Alamak aku ngantuk. Tolong tolong..

Macam nie, petang tadi.. dalam pukul 4 lebih. Gua rasa nak bergaduh. Nak tumbuk, tampar tampar! Memang gua dah jeling terbalik bijik mata nampak mata putih je. Hoi, memang tercabar memang tercabar. Memang tercabar, gua ulang.. tercabar!

Ada ke patut port gua jual bubur sebelah dengan brade jual air. Macam-macam kale pulak tuh. Siap ada lemon lemon segar bertepek kat tong air yang sejuk dan wap wap air dia, memang nampak nyaman! Memang gua ingat nak tarik spec hitam je buat lindung mata. Betul gua cakap, gua nampak. gua nampak lemon tu kenyit mata kat gua. Banyak kali. Nasib baik gua sabar.


No comments:

Post a Comment