Friday, July 6, 2012

Gua Bercinta.

 
Gua lahir bulan hujung-hujung. Bulan orang putih main salji. Orang cakap sape yang lahir bulan hujung-hujung nie suka main-main, happy go lucky, hebat boleh pergi matahari kawan dengan alien. Tapi, yang paling gua panas hati.. bila dilabelkan sebagai si tak setia. Siapa yang berani sound gua depan-depan? memang itu jam jugak gua kasi rasa buku lima perisa pening-pening lalat.

Gua punya tahap kesetiaan nie, memang boleh tabik dada tabik spring lah john. Bukan jenis gua nak pandang-pandang orang lain. Even kambing jalan depan gua dengan gaya penuh seksi nampak lurah-lurah bontot sambil makan rumput pun gua boleh relax je. Tapi kalau Arjun Rampal, gua fikir dua tiga kali jugak lah. Nak pandang ke tak. Handsome badan ketak ketak, gua suka! Tapi tu tak bermakna gua tak setia. Gua pandang je. Bukan pewit pewit amy search.

Dulu time kerja. Zaman bersemangat nak kumpul duit beli BMW. Bangun pagi memang tepon lah yang gua cari dulu. Pasal gua set alarm kat tepon. So, bila bunyi pagi-pagi memang gelabah sambil pejam mata gua gagau fone nak off alarm. Lepas tu, gua hantar mesej bunga-bunga pagi kat buah hati. Gua punya rementik, kalah jastin bibe dengan salmah gomeh. Itu kata gua, zaman gua bercinta-cinta.

Masa mandi pun gua angkut tepon masuk toilet sekali. Hah! korang jangan nak fikir gua amik gambar xxx. Gua kentot kat muka kang! Sambil mandi gua layan sms. Pasal gua tak boleh lah nak cakap, 'sekejap ye sweet darling buchuk buchuk ayang baby manja.. gua nak mandi jap'. Nasib lah gua pakai tepon Nokia classic 3g. Kalis air. Gua layan sms sambil masak, menyapu, berak, terbang, sambil sembang dengan zirafah pun gua maintain layan sms dengan buah hati.
 
"Aku agak tepon kau ada gam gajah lah. Sebab tu memanjang melekat kat tangan kau. Kau tak boring ke? wake up wake up!" - Gua kena sound dengan membe.

Dalam semua jenis organ badan gua memang penuh dengan si buah hati. Semua organ. Kalau korang kat hati je kan? Gua up siket lah, sebab nie gua punya cerita. Tapi tu cerita dulu. Gua sedih, sekarang gua..
 
 
TAMMAT.


No comments:

Post a Comment