Monday, July 2, 2012

Cinta macam pokok?

Dia cakap, Cinta macam pokok. Aku tanya, kenapa? Sebab ada akar, ada batang dan ada daun. Dia tarik kemuncup. Dan dia ulas, tengok macam nie.. Bila kita cabut sampai ke akar, mati lah pokok nie. Tapi, kalau kita cabut daun atau batang dia je, pokok nie masih boleh hidup. Jadi, selagi ada akar cinta dalam hati, selagi tu boleh terus hidup walau pihak yang satu lagi dah cabut rasa yang lain.

Aku termenung, aku tunjuk satu pohon yang baru ditanam (tapi dah besar, mungkin sebelum ni pohon tu ditanam kat tempat lain). Yang tinggal kat pohon tu hanya akar, batang dan dahan. Daun-daun dia dah habis gugur. Aku tengok kat bahagian bawah pohon tu ada sabut kelapa supaya dapat resap air untuk pohon yang baru nak segar nie terus hidup. Nampak tak berapa banyak usaha pekebun ni buat supaya pohon nie terus hidup. Dan bukan dengan cara, tanam dan biar dia terus hidup dengan cara sendiri. Sebab pekebun ni tahu, kalau dia biarkan pohon tu akan mati. Sebab pohon nie bukan seperti pohon-pohon sihat yang lain.

Aku cakap, itu aku. Macam tulah keadaan cinta aku sekarang nie. Dalam hati aku sekarang yang tinggal cuma akar cinta. Tapi kalau 'pekebun' aku jaga akar nie dengan baik, Insya-Allah pohon cinta aku boleh terus subur. Mungkin akan jadi lebih sihat dari sebelum nie.


Tujuan aku cakap macam nie bukan aku cuma berharap usaha dari sebelah pihak. Aku tau, tak menjadi jugak. Umpama kita tarik lembu yang terikat dekat pokok kelapa. Entah lah entah. Aku memang macam nie, dah mengarut habis-habis lepas tu tak reti buat penutup. Pasal tu lah karangan tak dapat A.

No comments:

Post a Comment