Thursday, June 21, 2012

Pencacai Dan Veto


Aduh, lamanya aku kene tunggu dia loading. Aku fikir, mungkin dia melayu, sebab tu lambat. Sejak dua menjak ni, aku semangat nak update blog. Tapi bila aku open new tab dan cuba sepenuh jiwa dan raga menaip, gagal! Idea tiada.

Okay dah siap upload. Masya-Allah, kenapa buruk sangat nie? Ergh. Re-upload. Ke nak kena re-design? Aku cuba re-size dulu. Memang dah dekat dua jam aku main dengan 're'. 're'-upload, 're'-design, 're'-size then 're'-upload lagi. Dan lagi. Ni aku dah sampai ke tahap bosan menunggu. Sebab tulah terhasilnya entry ni.

Dalam dunia aku, tak pasti lah dalam dunia korang wujud tak cerita macam aku. Dalam dunia aku, memang banyak manusia yang tak boleh dipercayai. Tikam belakang (apa ingat aku nie kuih? nak main tikam-tikam), busuk hati, 'wartawan'. Yakni, kalau dia tau apa-apa cerita pasal aku. Dengan membabi buta (Agaknya cara si'wartawan' nie lagi teruk dari babi) pergi mengadu domba pada orang yang ada kuasa veto untuk menasihati atau menghentam aku. Hoi ! Aku benci betul orang macam ni. Memang kalau aku jumpa aku nak bagi salam dan bertanya khabar.

Bukan aku nak menidakkan apa yang aku buat tu agak diluar keupayaan seorang manusia biasa. Jap, aku rasa aku merepek. Bukan aku nak menidakkan perbuatan aku yang salah itu betul. Aku tau salah. Bagi aku masa dan peluang boleh? Yang aku bengang bukan sebab aku superman, cuma aku sakit hati. Apahal kau nak masuk campur hal aku. Pergi lah amik tau hal orang lain. Pada yang mempunyai kuasa veto aku hargai nasihat dan pesanan yang dia sampaikan. Tapi pada pencacai yang suka sampai menyampai tu, aku nak kau pergi check kat dapur kau. Manatau kot kot ada hilang kuali periuk. Itulah, suka sangat jaga tepi kain orang. Nasib baik aku pakai seluar ranggi.

Akhirnya, aku guna header lama. Aku rasa tahap design mendesign aku makin teruk. Sumpah tak tipu. Cis !


No comments:

Post a Comment