Saturday, June 23, 2012

Depresi


Bila kita berkehendak, Allah berikan jalan. Bila kita dah dapat jalan, kita putus asa, kita patah balik. Dengan izin Allah s.w.t segalanya mungkin berlaku. Yang elok yang buruk semua atas keizinan dariNya.

Aku bukan orang yang cukup ilmu di dada. Banyak lagi kosong kosongnya. Cuma apa yang aku rasa, aku tau, aku kongsi. Kalau kongsi makanan, aku payah sikit, lagi-lagi kalau benda feveret pulak. Dapat pulak ikan patin masak tempoyak. Hoi lalu kat belakang sila jangan tegur yea?

Sekarang ni aku dalam mood depresi. (Tadi time baca Mastika, asyik jumpa ayat depresi. Teringin nak guna pakai) Depresi sebab.. aku nak kena buat keputusan. Antara berlian atau permata. Antara zhulian dan poh kong. Aku memang tengah depresi sangat nie, tapi bila aku nak luah kat blog mesti tak berhasil ! Mesti jadi happy happy itik berenang kat lombong yang abah suka mancing pada petang ahad. Tapi tu dulu, sekarang dah lama tak gi mancing.

Aku tak bohong bila aku cakap aku dalam mood depresi. Sobs. Takde orang yang boleh tolong aku. Melainkan aku yang kena tolong diri sendiri. Bukan takde orang nak tolong aku, cuma semua ni bergantung pada diri aku sendiri jugak. Sama ada aku boleh selesaikan masalah atau menambah masalah. Buntu !


No comments:

Post a Comment