Monday, April 30, 2012

Puisi ; Hati Buruk


Hati ada macam-macam
Hati lembu 
Hati kambing
Hati itik
Paling best, hati ayam!
Hati manusia susah faham
Hati manusia pahit
Hati manusia hitam
Lagi hitam kalau perokok tegar. Huh!
Dari mata turun ke hati.
Adoi, kenapa hati?
Bukan ke jantung lagi penting?
Otak ke. Ataupun darah.
Hati aku nie parah dah.
Sakit teruk, berbalam-balam
Luka semua dalam-dalam
Kalau jadi penderma organ
Haram hospital nak terima hati buruk aku nie
Haih, ada ubat rawat hati tak?
Ataupun,
Ubat tidur tak bangun-bangun.
Nauzubillah.


No comments:

Post a Comment