Friday, April 20, 2012

Perubahan.



Aisemen, apa aku buat nie. Planning asal nak siapkan kerja-kerja yang dah tergendala selama err selama aku start kerja? Check reading list, cari Hanis Zalikha punya update. Takde pon lagi. Tapi ada dua makhluk yang aku suka baca .. (Ergh! Lagu 'Hilang Dalam Ramai-Exists' terpancul keluar pulak kat window media player. Lagu best lagu best! Kene dengan mood aku untuk minggu nie aw aww.) .. blog yang aku suka baca plus tertunggu-tunggu jugak lah. Parapaen & Kiwikiwi . Agak-agak dorang baca tak entry aku nie? sobs.

Semalam aku jumpa Al (Member dari zaman nakal). Aku tengok rambut dia dah panjang. Mungkin dalam 2.3857cm. Punya lama aku tak lepak dengan dia. Nasib baik rambut je panjang. Buatnya bentuk persegi muka pun dah berubah. Mesti aku dah tak kenal dia kan? Punya lama tak jumpa.

Bulan lepas aku keluar  jalan-jalan dengan Azam (member dari zaman nakal-nakal). Rambut dia panjang jugak? Aha! Salah. Sila jangan jadi terlalu stereotype. Rambut dia semakin pendek. Bukan sebab dia alien, orang rambut makin panjang tapi rambut dia makin pendek. Bukan. Sebab dia potong. Matang+handsome azam sekarang aw aww. Lagi satu yang aku perasan tentang perubahan dia, cara berjalan. Nampak macam.. em. Okay bayangkan seorang peragawati jalan. Eh! peragawan (bunyi macam pelik) berjalan atas pentas (catwalk). Berjalan dengan dada terbuka, bidang dan nampak sangat lelaki. Faham tak maksud aku? Sila new tab+youtube+catwalk(men)=Azam. Aku tak sedar bila masa Azam ubah cara dia berjalan daripada sangat pondan kepada sangat macho. Punya lama tak jumpa.

Hari nie aku jumpa aku. Yelah, aku nampak aku. Apa aku cakap nie? Bontot betullah. Macam nie, aku nampak perubahan orang sekeliling. Ada yang makin berseri, ada yang makin menjadi-jadi. Ada yang ada. Ada yang takda. Ada yang yang ada ada. Ah! Aku malas dah nak  berpuitis dah. Lapar nie.

Pernah dengar tak? Walaupun dia seorang  tukang gunting rambut, tapi dia tetap kene suruh orang lain yang potongkan rambut dia. Yelah, kalau dia nak botakkan rambut boleh lah buat sendiri. Ce kalau dia nak buat style rihanna.. .. ..  aku lost jap takde idea. Kesimpulannya, Eeeee. fikir sendirilah! Lapar. Aku macam nak buat perumpaan. tiada mee kari, tiadalah chaketeaw. aku lapar otak tak berfungsi bye.


*Agak-agak apa lah yang orang sekeliling aku nampak pasal aku kan? Apa yang berubah mengenai aku? Makin kurus. Sikit.


No comments:

Post a Comment