Sunday, April 22, 2012

Hilang Dalam Ramai




Seriuh mana pun. Seceria mana pun. Seramai mana pun. Aku tetap dalam dunia aku. Sepi. Ada jugak aku cari mana pergi tawa aku. Dah jumpa ria dia ke? Ke terkurung bawah tempurung?

Seindah mana pun. Seberseri mana pun. Sepelangi mana pun. Dunia aku masih hitam. Masih putih, yang muncul pun cuma kadang-kadang. Jingga bukan main sombong. Susah sangat nak tolong warnakan dunia aku.

Senyuman makin plastik. Mata makin menipu. Aku tak suka betul bila aku tipu, bila aku plastik (bukan plastik beg), orang dapat cam. Teruknya lakonan Nauzubillah. Cukuplah kalau aku dapat tipu diri sendiri. Mungkin bila aku menipu diri sendiri, sel-sel akan hantar maklumat kat otak yang aku tengah okay. Yang aku tengah fine.Yang aku tengah.. happy. Dan mungkin nanti dah takde istilah senyuman plastik bersama mata yang jauh mendarat entah kemana.

Aku tau aku kuat. Aku tau semangat aku tak kan tinggalkan aku sorang-sorang. Aku percaya Stitchy masih dipihak aku, Insya-Allah. Aku yakin aku ada aku untuk teruskan hidup walau separu jiwa hampir lunyai sebab aku sendiri yang bongok. Selagi aku percaya dan yakin, aku rasa nanti jiwa aku mesti boleh sembuh sendiri. Simpan je segala-galanya yea? Alah jiwa! Kau kan gila bapak ah punya power! ennn enn?

Biarlah aku terus tertipu dan menipu aku. Bukan tipu orang lain. Ish! Dosa buat macam tu. Aku sayang, aku peduli, aku kisah, aku kecewa, aku percaya. Selagi aku boleh fight untuk sentiasa ada untuk kau. Aku fight! Aku lawan segala-galanya. Aku akan menangkan kau. Aku janji, jiwa kau takkan lunyai. Aku janji kau takkan jadi macam aku. Aku janji!



No comments:

Post a Comment