Tuesday, February 21, 2012

Mi Segera Yang Bahaya!


Siapa tak pernah makan megi? Tak pernah terhidu langsung tak terlintas nak bau rasa makan megi? Angkat kening! Tak percaya lah aku. Wujud ke manusia kat Malaysia yang indah permai nie tak pernah rasa kesedapan megi? Sedangkan, nilai komersial megi agak tinggi. Kalau tak percaya, korang gi lepak mamak. Nanti dengar lah..

"Ane! Megi goreng satu. Kasi pedas eh?"
" Megi sup tak nak sayur yea ane. Saya nak 5 bungkus!"

Harapkan pagar, pagar makan megi. Aku sendiri mengaku, megi memang favorite terbaik lah. Semalam baru je lepas makan megi. 2 bungkus. Errrr. Sedap kan? Lagi sedap kalau tambah sayur, fiss ball, ayam, udang, ketam, blablabla..

NAMUN! Sedarkah anda? Bahayanya makan megi? Mi segera?
Sepinggan mi segera mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi tetapi rendah kandungan seratvitamin dan mineralMi segera selalunya digoreng sebagai salah satu proses pengeluaran, mengakibatkan kandungan lemak tepu yang tinggi. Juga mengandungi monosodium glutamat (MSG) selain kandungan natrium yang tinggi, selalunya melebihi 60% daripada U.S. RDA (1,200-1,440 mg).

Siapakah Mi Segera? Dari mana asalnya? Haa..
Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng. Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.
So, Amacam? Ngeri tak? Tak berapa ngeri? Em, yelah. Aku risau aku sendiri yang ngeri kalau post yang ngeri ngeri. Kat rumah ada lagi 8 pek megi. Tak kan nak buang? Feuuuu. Membazi! Kbye!

* Semalam aku ada cerita pasal Firdaus&Udie yang tak kerja kat sini dah kan? Hahaha! Hari nie mereka start kerja balik. Saje jelah lah tuh bajet orang nak sedih. Puii. 

No comments:

Post a Comment