Monday, January 23, 2012

Puisi ; Tenggelam Rasa

Lemah.
Gagal terus untuk aku mentafsir.
Sakit.
Tidak seiring rasa.
Hati,
Sunyi tanpa inti.
Tolong aku !
Keluarkan aku dari perit ini.
Menangis aku tanpa air mata.
Jerit aku tanpa suara.
Kaku aku terus membisu.
Kali ini aku merayu,
Air mata tolong mengalir.
Pedih aku menjeruk hati.

*HR


No comments:

Post a Comment