Wednesday, November 9, 2011

Melor Berkejaya Kembali!


Assalamualaikum! Macam mana raya? Ada yang jadi macam aku tak? Satu rumah demam+cirit birit+muntah habis longlai. Hahaha, raya nya pon! Hari nie baru sihat dan bermaya juga cergas. Bukan main hebat tag line aku hari nie.

Tengah-tengah demam semalam sempat lagi aku pergi interview kerja di dua syarikat kecil. Alhamdulillah dua-dua nak aku kerja kat tempat dorang. "Come join us!". Katanya. Aku pilih satu jelah, yang paling dekat dengan rumah. Lagi best bos tempat tu kawan abah. Wow! Sangat best. Macam ada ikan sebalik kicap je?

So, esok aku mula kerja sebagai graphic designer. Hoo! dengar macam gempak je kan? Kalau kerja dekat agensi besar yang buat billboard hebat-hebat memang lah gempak dek nun. Aku jadi designer cabuk je. T.T

Macam biasa, semangat bukan main tinggi before start kerja. Aku nak kerja dengan rajin dan nak bodek-bodek bos. Mana tau kot-kot dia boleh bagi aku gaji RM74901347 sebulan. Hahaha. Bye.

No comments:

Post a Comment