Friday, November 11, 2011

111111 Suey la weh!

 

Siapa sebut pasal 111111 aku potong lidah! Bukan setakat lidah, hidung, telinga, bulu ketiak habis semua aku cantas. Nak cakap marah, sedih pun ada. Nak cakap cool, perut banyak angin tak kentut-kentut. Nie mesti sebab terover makan ubat cirit birit hari tuu. Hmm. :(

Tidak ku sangka panas tidak berpanjangan, taufan datang secara tiba-tiba aku mengenangkanmu, di kamar sepi di malam syahdu. Lirik dua buah lagu yang dah diremixkan. :(
Entry semalam cerita pasal aku nak cari boyfriend buat teman lunch. AKU NAK CANCEL! Cancel cari boyfriend. Sebab aku dah menganggur. Sadis kan? Kerja sehari dah kene reject. :(

Kalau ada yang ingat, aku pernah cakap aku kerja di syarikat kawan abah. Dulu dia kerja satu company dengan abah. Dia cabut lari sebab gaduh dengan bos. Then sekarang, masalah lain timbul. Share partner dia tak nak pekerja yang ada kene mengena dengan company lama dia. Thats mean, share partner beliau tak nak aku sebab abah aku still lagi di company lama. Dipendekkan cerita, pagi tadi bila aku sampai ofis dia cakap lah semua nie dan bagi aku gaji semalam. :(

Dipendekkan lagi cerita, aku benci 111111! Rasa macam nak tidur sampai esok. Kalau aku tahu, semalam 101111 aku tidur, bangun 121111. Stail kan? :(



No comments:

Post a Comment