Friday, October 21, 2011

Best In The World ; Makan Katak?

Siapa ada tengok rancangan Best In The World? Setiap khamis, 930 malam di 8tv. Rancangan pasal makan-makan. Sempoi habis lah! Tak macam kebanyakkan program makan-makan yang ada kat malaysia nie. LOL! Cakap macam hebat sangat nieh! Program lain minat jugak. Rancangan makan-makan mana lah yang aku tak minat? Start dari Jalan-Jalan Cari Makan (Maria Tengku Sabri terbaik okenggg!), Ho Chak!, Master Chef, eh.. Master Chef bukan program makan, tuu masak. Seronok bile dapat tengok program makangg nie, then aku yang lapar kalut cari makanan tapi takut berat naik. 

Hah! berbalik pada topik asal. Ada tengok tak Best In The World (BITW)? Best kan? haha! aku suka host dia sangat lah sempoi. Sukati dia je na buat apa macam mana. Hahaha, aku sukaa! *sorry bila excited aku ketawa* 

Nie yang menjadi tanya pada aku sehingga semalam, adakah beliau Islam? Sebab aku tak pernah pulak ambil tahu nama beliau. Ada sorang kawan aku pernah cakap, dia tak suka tengok BITW sebab host dia macam katak. Geli! katanya. Eh, yeke? Tak tahu nak cakap lah. Betul ke tidak.Tak betul kot. Entahlah. Masa tuu aku iye kan ajelah coz masa tuu aku baru lepas baca paper pasal 'program makanan tak ambil kisah halal haram'. Takde pulak tulis kat paper tu program apa channel berapa. Lagipun, aku sendiri tak sure host BITW nie beragama apa. Hm.

Semalam macam biasalah, 930pm tercongok lah aku depan tv. Excited okengg! And, macam biasalah jugaklah BITW sangat AWESOME! Hahaha! *gelak lagi*. Tengah ternganga mulut aku tengok beliau makan aku terdengar sesuatu. Perut aku berbunyi. Errr, PLUS! aku dengar beliau sebut 'Bismillah'. Eh? Islam? Aku keliru! Aaa, dengarlah jeritan batinku! Y.Y

Berbekalkan perasaan ingin tahu yang menebal setinggi gunung berapi, aku gooooogle! Siapakah beliau? Terima kasih google kerana membantu aku. Oh, Love!


Here we go! His name, Razif Hashim. Born in 1983. Eh, speaking pulak. And for sure lah beliau Islam dan comel! T.T

So, persoalan aku sudah terjawap. Cuma aku tak pasti pasal isu dia makan katak. Betul ke? Hm. Macam geli! Eh, hari tu aku ada tengok dia makan kat kedai india bukan muslim di Melaka. Pekena Kari ayam. Amboi, kanmaen. Mungkin pemilik restoran tu beli ayam dekat orang Islam. Who know?  :)


*Punya lama aku update entry nie. Penat Penat. Kalau aku, aku tak lalu nak makan kat kedai orang bukan Islam. Macam-macam aku imagine. Hehe. Walaupun aku lalu tengok program Ho Chak! (progam mcm BITW tapi versi cina, malaysia)

No comments:

Post a Comment