Saturday, October 22, 2011

Ah! Benci!


Sesungguhnya, aku teramat cemburu! Awww. Sangat. Sampaikan aku rasa macam nak block, unfriend, geget makan, telan je mereka. Sampai hati ehh upload gambar tengah riang gelak ketawa mulut luas sampai ke telinga akibat dari keriangan yang terlampau. Oh! Sampai hati. Kejam! Yang aku pulak melopong lubang hidung dengan mata separa berkelip dan nafas yang tak berapa lancar. Fenomena biasa kalau aku tengah makan hati berulam jantung. By the way, jantung pisang emas pahit tau. Rebus pon tak jadi apa. Eh? Melalut.  T.T

Ada tanda tanya? Dan kata puja? Hehe. Macam lagu Najwa Latif pula. Hm, sebenarnya macam nie. Adoilah, nak luahkan pun tak sanggup. Itulah, aku tengok junior aku dak konvo! Aku? BELUM LAH! KALAU TAK, TAK MAKAN HATI PULAK. Sepatutnya aku konvo last year. Disebabkan aku masih lagi berhutang dengan pihak Unisel sebanyak Rm2000++, aku tak boleh join classmate konvo sampai masuk paper. Kononnya aku nak konvo tahun nie, hari Isnin lepas. Kononnya lagi, aku nak kumpul duit masa aku kerja hari tu. Malangnya, duit tak cukup atau dengan lebih tepat aku tak kumpul.  Y.Y *okayy, my bad my bad*

Kesannya, Insya-Allah tahun depan lah pulak aku pasang angan-angan untuk bergumbira naik pentas ambil sekeping kertas sambil pakai topi empat segi ada bulu dan jubah labuh kene dry-clean. Solutionnya, cepat-cepatlah aku cari kerja sebelum terlambat. Padan muka aku tak konvo. Booo!~ :(


*Esok kalau ada berita mengenai konvo dalam news paper aku nak makan news paper tuh! Jang Geun Suk. I Love You. Byeee.

No comments:

Post a Comment