Tuesday, January 25, 2011

mangsa ASID dan hukuman yang tak setimpal!

hari nie rajin sikit nak update blog. pasal semalam baca paper, dan ada satu isu kat situ yang menarik minat saya untuk tambah isu kat dalam blog ceritaira nieh. kisah pasal mangsa ASID dan hukuman yang langsung tak setimpal yang telah dikenakan pada si pemangsa. camtuh, saya pun nak gi simbah asid jugak lah. setakat kene penjara 5 tahun. heh.
MANGSA :- Nur Ain Ashikin, 17tahun. sengsara remaja tersebut selama 22 hari terlantar di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 7januari lalu. bukan satu nyawa yang melayang malah 2 nyawa sekaligus. Nur Ain yang sarat mengandung 6bulan ditikam 19kali bertubi-tubi di Ulu Tiram. tak puas hati dengan kekejaman tesebut, Nur Ain disimbah cuka getah menyebabkan bahagian muka, badan, tangan serta kaki melecur teruk.
PEMANGSA :- Habin Sulaiman, 42tahun. dia dikenakan 2 pertuduhan. per-1, cubaan membunuh dengan menggunakan pisau dan asid. ke-2, menyebabkan nur ain cedera parah. Habin mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 17 tahun bagi kesalahan pertama dan hukuman penjara 17tahun serta 5 sebatan bagi kesalahan kedua. kedua2 hukuman berjalan serentak.
kematian Nur Ain pastinya kesalahan Habin bukan lagi cubaan membunuh tetapi sebaliknya pertuduhan membunuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MANGSA :- Nor Azni,21tahun yang sepatutnya bertunang cedera parah di muka, leher, belakang badan, kedua2 tangan dan kaki serta mata kiri.dia disimbah asid kerana telah menolak cinta seorang kelindan lori. (aiseh! tolak cinta pun nak marah. tak cool langsung jantan tuh) PEMANGSA :- Mohd Shukri, 26tahun. keputusan mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan 2 sebatan ke atas mohd shukri yang mengakui kesalahannya sedangkan seksyen 326 memperuntukkan seksaan penjara 20 tahun selain denda atau sebatan. tidak hairanlah mohd shukri masih sempat tersenyum panjang lebar apabila dibawa pergi dari mahkamah seolah-olah berpuas hati dengan jenayah yang dilakukannya!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
banyak kalau nak dibilang jumlah mangsa serangan asid. dah jadi macam satu trend. marah sikit, simbah asid. tahun lepas je, 8 kes yang dimajoriti oleh kaum wanita sebagai mangsa. pihak tertentu sepatutnya lebih tegas untuk menghentikan kekejaman ini dari terus berlaku. harus difahami kesannya amat mendalam kepada mangsa dari segi mental, fizikal, sosial dan kewangan.
sejumlah kecil asid - sama ada jenis sulfurik atau nitrik - sudah memadai untuk mencairkan tisu kulit. amat dasyat kalau nak cerita mengenai mangsa2 asid. bayangkan kalau kita yang jadi mangsa. apa tindakan yang kita ingin kenakan pada pemangsa yang sangat IBLIS tuh? kalau saya, saya nak dia dihukum gantung sampai mati. sebelum kene gantung, saya nak gi simbah asid dulu kat muka dia. nah! rasakan. HAMBEK! dengan erti kata lain, mangsa serangan asid hidup dalam dunia yang terasing. dunia yang sukar difahami manusia normal. dan mereka seharusnya diberikan keadilan yang seadil2nya. - sumber dari metro harian. yang ayat over2, saya tambah sendiri, hee -

No comments:

Post a Comment