Monday, January 3, 2011

eh, 1st time bercinta?

alhamdulillah.. saya selamat pergi dan kembali. pergi ke terengganu desa tercinta dan pulang ke ipoh hometown tersweet. hehe. tapi, saya tak mahu nak sembang pasal tu lagi. saya nak cerita pasal sesuatu yang ada disana. malam ni saya nak fokus pada kisah yang satu ni je. okay? T_T ehh! awak penah bercinta cintun monyet tak? bukan bercinta dengan monyet lah. maksudnya disini.. masa kecik2 dulu.. gatal nak ade pokwe mokwe juga even tak faham pun erti tu semua. haha! mestilah pernah kan. macam mustahil lah tak penah. jangan nak tipu sangat. ketuk kepala baru tahu. jadi, saya pun pernah! gatalkan. T_T ingat lagi, masa tu darjah kot. start dari abang angkat then bercinta. haha. gedik betul rasanya masa tu. setiap kali cuti sekolah hujung tahun, mesti excited nak balik kampung. nak jumpa buah hati lah kononnya. yelah, masa tu.. takde lah pulak ada handset semua. yang ada public fon. telefon rumah. yang payahnya, kat rumah saya tak pakai telefon rumah. abah je ada handset. so, nak contact orang disana memang susah. memang tak contact lah selama setahun. salah satu detik yang saya boleh ingat lagi, gigih betul masa tu kumpul duit belanja sekolah. duit syiling. sebab nak call pakai public phone. kene kumpul banyak2. sebab orang tu jauh. selepas sebulan, hah! cukup pun. balik sekolah, terus pergi public phone. tengah hujan renyai2 pulak tuh! punyalah gigih. dan, saya terlupa apa terjadi seterusnya. huhu. yang pasti, saya tak dapat nak bersembang dengan orang tu. sebab apa tak pasti pulak. sadis kan? T_T masa tu, nak dating memang susah sangat. segala2nya payah lah. yelah, budak2 lagi kan.. kalaulah masa tu, segala jenis kemudahan nie dah ada.. contohnya macam fb, ym, nfon, blablabla.. mesti hubungan tu berjaya kan? hahaha! berangan lah. dan yang bestnya, saya ada jumpa orang tu baru-baru nie. :) selepas 3 atau 4 tahun tak jumpa. OMG! seronok. dia pun dah berjaya. alhamdulillah.. saya pun dah hampir berjaya. gituh! okaylah. malas cerita lebih. awak boleh faham kan? haha.

No comments:

Post a Comment