Thursday, December 30, 2010

ira buat-buat kacak.

27hb baru nie pergi Puncak Alam, hantar tiqah masuk uitm. amboi2, suka noh. pergi naik KTM. ala2 hindustani gitu, nasib baik tak pakai saree! cikngah pun join. saya nie join menyebok sekali bukan apa, konon nak jadi guide lah. orang yang mahir selok belok kl-shah alam kononnya. dipendekkan cerita, lepas dah settle urusan uitm dan tinggalkan semek tiqah tu kat uitm. balik ipoh kembali lah. sebenarnya, entry nie nak cerita pasal.. ira yang tiba-tiba jadi kacak. haha. ceritanya macam nie, tengah saya cover2 cun dan bajet hot sambil dengar mp3 lagu high high dlm ktm otw ke kl central.. tiba-tiba, 'ehh, apsal mamat2 india nie pandang2. nak ngorat ke?'. semakin mengcover dan membajet hot lah kaedahnya. dan.. 'wohmegok! ape ini? TEBUAN atas beg. dan beg tersebut diatas riba. what should i do? komengaaa.' sumpah macam gelabah. tapi, masih cover cun dan bajet hot lah. buat macam endah tak endah. padahaldalam hati. 'bodo tebuan, pergilah terbang weh!' nak tepis kat depan ada budak kecik. kang kene sengat pulak budak tu. nampak ayah dia gerak2, ingat nak tolong lah halau ke tumbuk ke tebuan nie. rupanya, alih kaki takut kene sengat lah tu. tak guna betul. dan.. saatnye telah tiba.. dalam keadaan diri yang masih mengcover2 bagai. buka kasut, dush! dush! dush! ambik kau. mati lah wahai tebuan durjana! tak patut tau tebuan join msk lam ktm. eishh!~ masa tu, memang rasa macam.. 'yeahh, akulah yang kacak gagah dan paling menawan'. hahahaha. padahal bunuh tebuan je pun. LOL. dan mamat india tersebut terus pandang kat saya sampai lah kat kl central. nasib baik mamat india tu agak ehemm! hehe. putih dan.. macam model lah! *wink2, senyum dan angkat2 kening buat muka miang habis! :D

No comments:

Post a Comment