Friday, December 24, 2010

Resepi Coklat Friday Rose. :)

salam satu coklat! :) bersama awak semua hari nie.. chef ira. *ceh! bajet hot lagi lah hari nie. he he. hari saya menyebok ikut mak datang kedai kek. 'tolong dia buat kerja'. mak siapkan kek bertingkat-tingkat untuk orang kawin. so, saya tak berani nak 'tolong' dia. cari kerja sendiri. cariiii~~. tadaaaa. jumpa kerja! nak buat coklat sempena hari jumaat. Selamat hari jumaat!
Coklat Friday Rose. paling senang yang penah saya buat. lagi senang dari buat biskut raya dan makan megi. disebabkan hari nie hari jumaat, mood saya agak baik dan saya akan berkongsi macam mana cara saya buat coklat friday rose tersebut. try lah kalau rajin! :)
Coklat Friday Rose - Bahan-bahan (15 biji ke 20 biji) 1 bar coklat masakan putih 1 bar coklat masakan biasa (hitam) 1 sudu kecil pewarna merah jambu 1 sudu kecil perisa strawberry 1 sudu susu cair 2 sudu besar crisco/minyak jagung bakar badam hancur sehingga kekuningan

Cara-cara

coklat putih.gaul crisco, pewarna pink & rose hingga sebati dan cun!

masukkan ke dalam acuan yang telah disediakan.

1. Cairkan coklat putih dengan kaedah double boil. Campurkan 1 sudu crisco/minyak jagung ke dalamnya berserta 1/2 sudu perasa strawberry dan 1/2 sudu pewarna merah jambu.Kacau hingga sebati dan cair.Angkat dan masukkan kedalam acuan coklat berbentuk mawar sehingga 1/4 penuh dan biarkan keras didalam peti sejuk.

coklat masakan hitam & badan hancur.

2. Cairkan coklat hitam seperti kaedah 1. masukkan 1 sudu susu cair dan badam hancur yang telah dibakar.

2. Keluarkan coklat dari peti sejuk. Tuang coklat hitam ke dalam acuan sehingga penuh. Sentiasa letakkan coklat ini dalam peti sejuk sehinggalah tiba masa untuk dihidangkan.

hasilnya..

~

~

~

~

~

~

tadaaa! eyh! silap! nie gambar lunch tadi. megi soto. nyum3. gile tak selera tengok gambar nie. haha!

okay okay. hasilnya begini. :)

Untuk rasa coklat yang lebih sedap.. awak boleh guna coklat mahal. *eceh! tadelah mahal mane. sekilo rm50. ada jual dikedai bahan-bahan kek berhampiran awak. Cari lah, kalau tiada. cakap macam nie, "weh! nape tade? saye nak buat resepi macam orang bajet hot kat blog tuu tahu? esh! tutup kedai lah!" haa, ada unsur2 keganasan disitu yea. Kalau awak buat coklat masa hari isnin, boleh tukar nama coklat nie jadi.. Monday Rose! atau hari-hari lain. he he. :D

bye2. nak makan coklat! *habes lagi diet konon2 aku.

No comments:

Post a Comment